Tajuk Kerja Kursus : Membina Garaj SerbagunaUkuran : 20' panjang x 10' lebar x 8' tinggiSpesifikasi : Boleh memuatkan 2 buah keretaLokasi : Hadapan Makmal Teknologi Kejuruteraan
Tempoh :
Oktober 2008 hingga Februari 2009




Selepas rancang tanda kitaorang korek lubang utk 6 btg tiang konkrit. Mana ada alat yg canggih, cuma guna pahat batu ngan tukul bongkol bulat je pecahkan turap. Nasib baik turap tak berapa tebal. Buat ramai2... kejap je siap.
Video proses mengorek lubang tiang



Dlm lubang ialah 1 1/2' x 3 lubang dan 2' x 3 lubang. Bahagian depan kitaorg rendahkan sikit supaya alir yg mengalir dari bumbung Makmal TKJ semasa hujan akan terus jatuh ke atap garaj. Gambar : Tu dia.... Pakar seluk lubuk ikan ( Syahmi - Dalam Kenangan ) sedang menunjukkan bakatnya. Alang-alang korek lubang biar sampai ke pangkal lengan.





Bancuh konkrit nisbah 2:1:1 lebih kurang dan tiang dinaikkan. Panjang tiang konkrit ni 9'. Maknanya kalau kira baki lepas masukkan dlm lubang ketinggian tiang konkrit ni ada lagi 7' atau 7 1/2'. Memang kitaorg budget boleh masuk kereta Avanza atau Innova bila dah siap nanti.





Video melaraskan ketinggian tiang



Setting untuk tegakkan tiang. Tak yah buat penahan pasal lubang tu agak ngam2 dgn saiz tiang konkrit. Sebelum tuangkan bancuhan konkrit kitaorg dah sumbat dan mampatkan tepi tiang konkrit dgn batu2 kecil.







Tiang konkrit siap dipasang. Jumlah tiang = 6 btg. 3 btg yg paling depan direndahkan utk pastikan air mengalir ke hadapan. Lepas ni kitaorg cuti beberapa bulan kerana menghormati bulan puasa dan peperiksaan akhir tahun yg bakal menjelang. Lagi pun, hujung tahun ni biasanya musim hujan kan. Kerja ditangguhkan hingga ke tahun hadapan,




Buka sekolah awal tahun kitaorg terus rush naikkan atap. Tutup tiang tu panjangnya 22' dan ditebuk dgn mesin gerudi di beberapa bahagian sebelum dimasukkan kedlm besi pd tiang konkrit.








Ni geng cat. Patutnya bila dah siap baru cat. Tapi bila tgk bdk ni takde kerja... daripada berbual gossip psl org baik aku suruh diorg ngecat. Cuma gunakan undercoat color jer... maklumlah budget ciput. Itupun 2 tin habis digunakan.







Kayu gegegar tak cukup panjang, so kena sambung. Biar diaorang belajar buat tanggam. Aku ngarah je... aku bukannya pandai sgt bab menukang ni. try & error jugak, hentam jelah yang penting kaedah dan caranya sama macam dalam buku teks TKJ.







Inilah saat paling mencabar. Trim bahagian kayu yg lebih. Memotong kayu di udara. Penat dan tangan cepat sengal. Mula2 aku tunjuk sekali jer... lepas tu diaorg yang sambung siapkan.






Kayu atap cuma dpt diminyakkan jer... Itu pun mintak dari stor sukan. Minyak padang... hehehehe... Yg penting kayu tu nanti tak ditebuk kumbang kayu.









Akhir sekali. Kerja memasang atap. Klu tak betul2 boleh senget beb. Klu nak bukak semula pulak asbestos mesti pecah... jadik masa pasang ni kena sabar dan teliti... leceh...








 




Happy ending... kereta aku pun merasmikan garaj baru. Alhamdulillah, kerja kursus kami dapat dilaksanakan dengan jayanya.